Khairul Fahmi Che Mat Dengan Tunang Berbaik Semula











Krisis hubungan penjaga gol kebanggaan Malaysia, Khairul Fahmi & tunangnya, Elia sebelum berlangsungnya perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi, Malaysia ketika itu seperti ‘telur berada di hujung tanduk’ apabila ketinggalan 5-3 dengan Singapura. Sudah tentu, ramai peminat bola sepak tanah air risau akan prestasi Khairul Fahmi dilanda dengan pelbagai gosip seperti dakwaan skandal & putus tunang.

Namun, perubahan sikap Khairul Fahmi seperti yang diperkatakan oleh tunangnya seperti menunjukkan tanda-tanda yang positif. Seorang sumber yang merupakan jurugambar pasukan bola sepak Kelantan, juga dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan penjaga gol itu memaklumkan bahawa hubungan Khairul Fahmi & Elia telah pun menemui jalan penyelesaian & berbaik semula.

Tetapi, ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan Khairul Fahmi dengan seorang wanita bernama Dahlia Teck, yang disyaki merupakan skandalnya. Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada Khairul Fahmi mahupun Elia. Pihak OHBULAN! cuba mendapatkan penjelasan daripada Khairul Fahmi, namun sehingga hari ini masih gagal.

Daripada hasil selidik, Dahlia Teck merupakan seorang model yang berasal daripada negeri Kelantan itu baru sahaja menamatkan SPM tahun lepas. Ada yang berpendapat, mereka sebenarnya merupakan kenalan biasa, tetapi telah disalah sangka mempunyai hubungan sulit oleh ramai pihak. Apatah lagi, Khairul Fahmi mengambil langkah mendiamkan diri sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi mula muncul di ruangan internet.

Andai kata pertunangan Khairul Fahmi & Elia masih terikat elok, kami ucapkan tahniah. Dengar cerita, Khairul Fahmi akan bertolak ke Slovakia pada hari Isnin ini dan dijangkakan pulang 3 hari sebelum raya.






Email : dwenrasid[@]gmail.com
Facebook : www.facebook.com/irwan.cool1

Laman Web : Buat Duit MRR | Duit Email | Autosale FB | E-faceblog


ARTIKEL BERKAITAN



0 ulasan:

Catat Ulasan

Post Your Comment | Backlink

 

Copyright © 2010 KUASADUITMALAYSIA., All Rights Reserved. Design by DZignine