Apa itu Perniagaan Ebook
Perniagaan internet terdiri pelbagai jenis serupa juga seperti perniagaan konvensional. Di internet terdapat 3 jenis kategori perniagaan yang utama iaitu:
• Menjual produk fizikal - menjual minyak wangi di internet, menjual ubat kuat, menjual pasu antik dan bermacam-macam lagi.
• Menjual produk digital – menjual ebook, menjual software, menjual system, menjual audio dan video
• Menjual servis – menawarkan servis terjemahan di internet, servis penulis artikel, servis membina web, servis bimbingan dan bermacam-macam lagi.
Itu antara kategori utama dalam perniagaan internet. Dan ada banyak lagi cara buat duit di internet, antaranya:
1. Ebay
2. Program affiliate
3. Adsense
4. Blogging
5. CPA
6. Internet MLM
7. Dan lain-lain
Ya, ada terdapat banyak cara buat duit di internet. Tapi, tak akan saya ceritakannya satu persatu. Dalam ebook ini, saya hanya cerita berkenaan EBOOK. Ya, EBOOK! Saya menulis ini kerana ingin berkongsikan kepada anda bahawa betapa untungnya, betapa mudahnya, betapa cepatnya perniagaan ebook ini dijalankan. Anda mahu income 3 angka? 4 angka? atau 5 angka sebulan dengan menjalankan perniagaan ebook? Ye, sebab itulah ebook ini ditulis buat anda. Teruskan bacaan!
Pengenalan
---------------
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kita berkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukah saya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITAB KUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buat dalam bentuk point di bawah:-
Apa itu ebook?
• Nama omputihnya – electronic book – jadila e-book
• Dalam BM – buku elektronik – e-buku
• Produk informasi digital/produk ilmiah
• Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file
• Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia – seiring dengan zaman penyebaran informasi
• Biasanya dibuat dalam format microsoft. Word dan ditukarkan kepada fail pdf
Mengapa ebook?
• Mudah dipindah dan disimpan
• Boleh dicetak
• Boleh dapat update dari penjual ebook
• Lain dari lain - unik
• Tiada di pasaran buku – biasanya banyak rahsia yang orang ramai tak tahu
• Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa
• Jimat kos – beli, hantar dll
• Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan
• Keuntungan adalah 100%
• Mudah dijual – melalui minisite
• Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup
Ebook VS Buku
---------------------
Buku
-------
# Kena pergi kedai buku nak beli
# Berat jika dah banyak..tak boleh simpan dalam pendrive…
# Risiko terkoyak, terbakar, hilang
atau kena conteng dengan anak. Nanti kena beli baru pulak buku tu
# Jika tak faham lepas baca buku, nak tanya siapa ye….
# Buku dikemaskini – versi terbaru, kita kena beli la sekali lagi..
# Ayat dalam buku berjela – jela panjangnya penuh & dengan kata – kata berbunga – bunganya…
# Tak boleh sembang – sembang atau mengorat penulisnya..
Ebook
-----------
# beli di internet pon boleh dah..cepat pantas dan jimat masa
# Boleh simpan dalam PC, CD, pendrive ke…rasa nak print, tiada masalah…
# Boleh print semula jika hilang ke, terbakar ke atau sebagainya..
# Tak faham? Email je atau call penulis ebook..Dia boleh bantu…
# Biasanya penjual ebook berikan secara percuma..
# Biasanya ditulis dalam bentuk ringkas – straight to the point..mudah nak faham:)
# Ringkas tapi padat!
# Boleh berchatting ke, email ke, call ke dengan penulisnya..silap – silap haribulan bertemu jodoh pula dengan penulisnya..hehehe
Ada Ke Orang Beli Ebook?
----------------------------
Ini soalan pelik yang sering pernah saya terima. Baca aja di bawah:
• Jika takde orang beli, saya takkan jual ebook. Cuba lihat semakin ramai orang jual ebook sekarang ini. Ada permintaan, ada jualan.
• Satu soalan buat anda “ Anda nak kerja kerajaan. Tapi kat kedai buku tiada buku rujukan khas buat temuduga kerja kerajaan. Semuanya temuduga umum saja. Tapi di internet, ada ebook/ebuku dalam bentuk softcopy yang membongkarkan teknik-teknik betul semasa temuduga kerja kerajaan. Anda ingin sangat kerja kerajaan, mana satu kah yang akan anda beli? Ebook atau buku?”
• Cuba lihat di luar Negara, terutamanya Amerika, perniagaan ebook semakin meluas. Orang beli book kerana mahukan maklumat dengan pantas, padat, terbukti berkesan atau hasil dari kejayaan orang lain. Lihat saja ebook-ebook yang terkumpul di laman web www.clickbank.com
• Orang yang terdesak untuk mendapatkan maklumat dalam ebook pasti akan membelinya. Lihat saja ebook anak didik saya di tipsptd.com yang terjual lebih 3000 unit dalam masa 10 hari saja. Lebih RM130K dihasilkan! Saya pun kalah..hehehe
• Sekarang zaman penyebaran informasi selari dengan perluasan penggunaan internet. Abad 21 adalah zaman informasi. Nak dapat maklumat atau nak selesaikan masalah je, taip saja di google. Tu terbeli ebook tu:-)
• Orang beli ebook sebab malas mencari buku di kedai buku. Penat-penat mencari belum tentu ada buku tu. Mana anda mahu, luang masa 1 jam membeli ebook di internet atau menghabiskan masa 1 hari mencari buku di kedai buku. Kalau takde buku yang diidamkan, pasti anda memaki tokey kedai buku itu..
• Bila satu-satu ebook tu bagus, iaitu dapat selesaikan masalah orang, ianya pasti akan disebarkan kepada orang lain. Contohnya si Abu ni. “Sebab aku baca panduan dalam ebook Jamal tu lah aku dapat kerja goverment. Baik kau beli juga ebook Jamal tu wahai Halimah Jongang”. Halimah beli book tu sebab disyorkan oleh si Abu.
Itulah beberapa alasan kenapa orang beli ebook. Anda sudah faham bukan? Tak faham lagi? Sila baca di atas semula. Ya, memang tidak dapat dinafikan perniagaan ebook semakin berkembang di Malaysia sekarang. Walaupun bisnes internet di Malaysia di tahap bayi lagi, tapi ianya semakin berkembang. Jika anda bijak mengambil peluang sekarang, anda adalah orang yang amat beruntung! Jadi, usah tunggu lagi..
“Orang yang beruntung adalah orang yang bijak mengambil peluang. Andalah orangnya!”
Ingin belajar bisnes ebook dari pakar Ebook?
KLIK DI SINI
Email : dwenrasid[@]gmail.com
Facebook : www.facebook.com/irwan.cool1
Laman Web : Buat Duit MRR | Duit Email | Autosale FB | E-faceblog
0 ulasan:
Catat Ulasan
Post Your Comment | Backlink