Anda perlu menggunakan teknik yang
dianggap sebagai salah satu teknik
pemasaran yang efektif pada masa
sekarang.
Begitu ramai IM yang mampu menjana
pendapatan sehinga 5 angka hanya
dengan menghantar satu email saja!
Ini kerana mereka telah memanfaatkan
mailing list mereka sepenuhnya dan
menggunakan teknik pemasaran email
sebaik-baiknya.
Di sini saya sertakan beberapa tip untuk anda :
#1 - Jika email pemasaran adalah sesuatu yang
baru bagi anda, anda perlulah melakukan kajian
terlebih dahulu. Jangan hanya mempercayai orang
lain untuk menentukan nasib anda di komuniti
internet.
#2 - Binalah mailing list melalui sumber yang
boleh dipercayai atau menggunakan sistem yang
benar-benar diakui ramai. Jangan kerana ingin
berjimat anda akan kecewa di akhir nanti.
#3 - Jangan lupa meletakkan nama prospek anda
di dalam setiap email kerana teknik ini bagi
mengelak prospek merasakan mereka berkomunikasi
dengan robot.
#4 - Cari jalan untuk mengenali pelanggan anda
secara peribadi. Ini bagi menambahkan kepercayaan
mereka terhadap anda.
#5 - Sila pastikan anda meletakkan format "daripada'
dengan betul iaitu dari anda dan sila pastikan anda
menggunakan email berdaftar bukan email peribadi
bagi menampakkan profesional dalam bisnes. Namun
anda juga boleh meletakkan email peribadi pada
bahagian bawah sekali untuk tujuan menampak anda
bersedia berhubung dengan mereka secara peribadi
semoga ianya bermanfaat untuk anda
Email : dwenrasid[@]gmail.com
Facebook : www.facebook.com/irwan.cool1
Laman Web : Buat Duit MRR | Duit Email | Autosale FB | E-faceblog
0 ulasan:
Catat Ulasan
Post Your Comment | Backlink