Datuk Lee Chong Wei Memburu Kejuaraan Ketiga



Datuk lee chong wei,lee chong wee,pemain nombor satu dunia,sukan badminton,badminton


Datuk Chong Wei memburu kejuaraan buat kali ke TIGA di Indonesia....
satu kejayaan yang bagus untuk beliau.

Beliau akan bertemu Peter Gade dari Denmark dalam perlawanan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah US$600,000 esok selepas berjaya mengatasi cabaran sengitnya setakat ini, Cheng Long dari China dalam perlawanan separuh akhir.

Chong Wei, juara bertahan kejohanan itu, mengambil masa 53 minit untuk menjinakkan pemain muda China dari Wilayah Fujian dengan keputusan 21-17, 21-18 bagi meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir.

Gade, pemain berusia 34 tahun, pula menundukkan pemain Jepun, Sho Sasaki dalam satu lagi perlawanan separuh akhir 21-11,21-14. Ramai yang menyifatkan perlawanan akhir pada Ahad merupakan pertembungan antara seorang pemain yang sedang berada di puncak dengan seorang pemain yang sudah melewati kehebatannya.

"Namun, apa jua keadaannya, Peter (Gade) merupakan seorang pemain yang amat berpengalaman yang tahu akan kedudukannya di dalam gelanggang. Dalam usianya kini pun, beliau kekal dalam kelompok empat pemain terbaik dunia hari ini," kata Chong Wei.

Kali terakhir Chong Wei bertemu Gade adalah semasa perlawanan akhir Terbuka India New Delhi pada April, yang menyaksikan pemain utama Malaysia memenangi perlawanan yang berlarutan hingga set penentuan.

Namun, bagi Chong Wei, pemain Denmark itu kini berada dalam kedudukan terbaik dan pengalaman akan membantu Gade dalam perlawanan akhir.

Chong Wei, sedang memburu kejuaraan kali ketiga berturut-turut, dan jika pemain Malaysia itu berjaya memenanginya esok, beliau akan mencatat sejarah dalam kejohanan Terbuka Indonesia sebagai pemain asing pertama melakukan hatrik memenangi kejuaraan perseorangan lelaki.

Begitu juga, pemain perseorangan wanita dari India, Saina Nehwal yang turut mengikuti jejaknya.

Beliau melangkah ke perlawanan akhir perseorangan wanita selepas mencatat kemenangan mengatasi pemain dari Taiwan, Cheng Siao Chieh 21-14, 17-21, 21-14 untuk bertemu dengan pemain China, Wang Yihan Ahad.

Setelah memenangi dua edisi kejohanan sebelum ini, Saina dari Hyderabad mara untuk melakukan hatrik kejuaraan dan dalam perjuangannya mencatat sejarah ejohanan.

"Saya suka bermain menentang pemain China. Mereka mencabar saya untuk memberikan yang terbaik. Kejayaan saya mengatasi Siao Chieh memberikan kepuasan. Beliau mengalahkan saya dalam pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lepas dan kini saya berjaya menebus kekalahan saya," kata Saina.

Perlawanan beregu lelaki akan menyaksikan pertembungan sesama pemain China iaitu antara bekas juara dunia Cai Yun dan Fu Haifeng, pilihan ketiga dengan Chai Biao dan Guo Zhengdong, pilihan kelapan.

Perlawanan akhir beregu wanita akan menyaksikan pasangan Indonesia Vita Marissa dan Nadya Melati berhadapan dengan pasangan nombor satu dunia, Yu Yang and Wang Xiaoli dari China.


Sumber -->> BERNAMA







Email : dwenrasid[@]gmail.com
Facebook : www.facebook.com/irwan.cool1

Laman Web : Buat Duit MRR | Duit Email | Autosale FB | E-faceblog


ARTIKEL BERKAITAN



0 ulasan:

Catat Ulasan

Post Your Comment | Backlink

 

Copyright © 2010 KUASADUITMALAYSIA., All Rights Reserved. Design by DZignine